.....Maulidur Rasul.......

Monday, September 14, 2009

Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Fasa 3
Taman Cheras Utama
( No. Pend : 1231 – 07 – Selangor )
Ruj Kami : PPPKRF3/Pent./03 ( 5 )
Tarikh : 7 Sept 2009
NOTIS PEMBERITAHUAN
KAWALAN KESELAMATAN & RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI
Anjuran
Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Taman Cheras Utama.

Assalamualaikum kepada semua penduduk yang dikasihi,
 
Terlebih dahulu kami Persatuan Penduduk / Ketua-Ketua Blok mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI, SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN YANG DI CINTAI dan SELAMAT KEMBALI KE TAMAN CHERAS UTAMA dalam keadaan aman.
 
1. Sebagai langkah pencegahan terhadap perkara yang tidak diingini sepanjang perayaan ini, maka kami rasa bertanggungjawab terhadap keselamatan tuan/puan. Sehubungan itu ingin kami maklumkan menerusi Mesyuarat 2/2009 pada 6 Sept 2009, semua AJK sebulat suara memutuskan akan mengadakan KAWALAN KESELAMATAN KHAS menjelang Perayaan Eidul Fitri untuk tempoh 8 hari ( mulai 19 September hingga 26 September 2009). Kaedah kawalan adalah seperti berikut:
 
i. Mengadakan rondaan 24 Jam di kawasan keseluruhan Taman dan Blok-Blok.
ii. Membuat sekatan pintu masuk di blok A dan Blok E ( waktu malam sahaja )
iii. Penduduk diharap tidak dibenarkan pindah masuk atau pindah keluar pada tarikh tersebut ( jika ingin membuat demikian sila maklumkan kepada ketua-ketua blok atau Pengerusi Persatuan-Cikgu Rahim 013-6161818/Tim. Pengerusi En Zulkafli 012-9127927/Setiausaha En Irwan 017-3942797/Biro Keselamatan En Zamri 016-9576757)

2. Sukacita dimaklumkan juga, Persatuan akan mengadakan Rumah Terbuka Eidil Fitri 1430H pada 3 Oktober 2009 ( Sabtu ) Aturcara akan diberitahu kelak.
3. Bagi menjayakan kedua-dua program di atas Mesyuarat Sebulat Suara memutuskan kerjasama penduduk dan diharap tidak keberatan memberikan sumbangan yuran sebanyak RM15 ( RM6 untuk keselamatan & RM 9 untuk sumbangan Hari Raya ) bagi setiap Pintu Rumah. Sila salurkan bayaran tuan/puan kepada Ketua Blok masing-masing atau Bendahari Persatuan selewatnya pada 13 Sept 2009. ( AJK Persatuan & AJK Blok akan mengadakan kutipan pada 13 Sept 2009 mulai jam 10.00pagi )
 
Sekian terima kasih,




Salam muhibah daripada Pengerusi/Ahli Jawatankuasa Persatuan/Ketua-Ketua Blok.
Pada 13 September 2009, PPPKRF3 bersama AJK Setiap Blok telah membuat kutipan sumbangan bagi kawalan keselamatan selama 8 hari iaitu sebelum dan selepas hari raya sebanyak RM6.00. Kutipan sumbangan (RM9.00 setiap rumah)untuk majlis rumah terbuka Pangsapuri Kos Rendah akan diadakan pada 3 Oktober 2009 bertempat di Dataran Muhibbah (Taman Permainan).




Sekian, terima kasih dan harap maklum.
Biro Penerangan

NOTIS PEMBERITAHUAN

Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Fasa 3
Taman Cheras Utama, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
( No. Pend : 1231 – 07 – Selangor )


NOTIS PEMBERITAHUAN
Semua Penduduk Blok A,B,C,D,E,F,G & H
Pangsapuri Kos Rendah Taman Cheras Utama
Ruj. Kami : MEMO PPPKRF3/BP/2009 (03)
Tarikh : 09 September 2009M bersamaan 19 Ramadhan 1430H
PENGIBARAN JALUR GEMILANG SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2009
ANJURAN PPPKRF3 TAMAN CHERAS UTAMA FASA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa pengibaran jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan kali ke 52 peringkat Pangsapuri Kos Rendah Taman Cheras Utama yang bermula pada 22 Ogos 2009 akan berakhir pada 16 September 2009. Pihak PPPKRF3 memohon agar bendera yang diagihkan ke setiap rumah oleh PPPKRF3 melalui AJK setiap blok dan telah dikibarkan hendaklah dibuka/disimpan oleh tuan/puan. Ini bagi mengelakkan bendera teresebut menjadi lusuh atau koyak dan boleh digunakan lagi bagi sambutan pada tahun hadapan.


3. Pengerusi dan Jawatankuasa PPPKRF3 merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada tuan/puan dan anak-anak yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah sepanjang tempoh tersebut. Pihak PPPKRF3 juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan wang/ tenaga,/idea serta sokongan moral dari tuan/puan dalam menjayakan Program Sambutan Ambang Merdeka tempohari.


4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa PPPKRF3 telah membina Laman Blog Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Fasa 3 Taman Cheras Utama. Segala informasi dan gambar-gambar aktiviti/program serta cadangan/komen akan dimuat naik ke laman blog tersebut. Sama-samalah kita manafaatkannya demi perpaduan dan keharmonian penduduk Pangsapuri Kos Rendah khasnya dan penduduk sekitar Taman Cheras Utama amnya. Alamat Laman Blog ialah http://www.pppkrf3.blogspot.com.


Sekian, terima kasih dan harap maklum.


Biro Penerangan
PPPKRF3/TCU


“ 1 TAMAN PANGSAPURI KOS RENDAH FASA 3 :
PERMUAFAKATAN PENDUDUK DIDAHULUKAN, KEHARMONIAN DIUTAMAKAN”