.....Maulidur Rasul.......

Saturday, August 22, 2009

“1 TAMAN CHERAS UTAMA Fasa 3: PENDUDUK PANGSAPURI KOS RENDAH DIDAHULUKAN, PERMUAFAKATAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami : MEMO PPPKRF3/BP/2009(01)
Tarikh : 21 Ogos 2009 Bersamaan 30 Syaaban 1430 H

SEMUA PENDUDUK BLOK A,B,C,D,E,F,G & H
PANGSAPURI KOS RENDAH FASA 3

PROGRAM-PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 52 TAHUN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Kos Rendah telah mengadakan Mesyuarat yang pertama pada 20 Ogos 2009 (Khamis). Dalam mesyuarat tersebut jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan dua (2) program sebagai permulaan seperti berikut :-

a) Pengagihan Jalur Gemilang di Setiap Rumah Pangsapuri Kos Rendah:-
Tarikh : 22 Ogos 2009 (Sabtu)bersamaan 1 Ramadhan 1430 H ; Jam : 2.30ptg

 Jalur Gemilang akan diagihkan kepada setiap unit rumah oleh AJK Induk bersama Ketua dan Ajk Blok masing-masing. Sumbangan sebanyak RM1.00 sahaja dipohon untuk satu bendera bagi mengisi Tabung PPPKRF3.
 Tuan/Puan hendaklah berada di rumah masing-masing pada tarikh/masa seperti di atas disamping dapat beramah mesra dan berkenalan dengan barisan Ahli Jawatankuasa PPPKRF3 bagi Sesi 2009/2011.

b) Sumbangan Bubur Lambuk Kepada Penduduk Pangsapuri Kos Rendah:-
Tarikh Penyediaan/Pengagihan Bubur Lambuk seperti berikut:-

BIL TARIKH/HARI
1 22/08/2009 (SABTU) AJK PPPKRF3
2 23/08/2009 (AHAD) PENDUDUK BLOK G
3 30/08/2009 (AHAD) PELAJAR TAJAAN PETONAS UNIKL
4 06/09/2009 (AHAD)
5 13/09/2009 (AHAD)
SUMBANGAN OLEH TUAN/PUAN
BOLEH MENGAMBIL BUBUR LAMBUK BERMULA
JAM 5.00PTG
DI PERKARANGAN BLOK E.

Nota : Tuan/Puan yang berhajat untuk menyumbang Bubur Lambuk sila berhubung dengan PENGERUSI (EN. RAHIM BIN HJ SELAMAT) : 013-6161818
SETIAUSAHA (EN. IRWAN BIN YUSOF) : 017-3942797

BIRO PENERANGAN
PPPKRF3 TAMAN CHERAS UTAMA.

Friday, August 21, 2009

Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.


Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  1. Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  2. Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  3. Berehat secukupnya.
  4. Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  5. Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  6. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.
  2. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  3. Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    -Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    -Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    -Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
    -Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  5. Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
  6. Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
  7. Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu.
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing

(credit to : http://h1n1.moh.gov.my/index.php )

Kempen Klinik Cegah & Rawat Influenza A(H1N1)

stay alert and stay safe.....
go to the link >>> http://www.h1n1.net.my/ for the info for "“Kempen Klinik Cegah & Rawat Influenza A(H1N1)” (KCRh1n1) "

Thursday, August 13, 2009

APA ITU H1N1

Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan "air ventilation" (pengudaraan) yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ? Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ianya tercetus outbrake di Mexico.
Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi
Siapa Yang Berisiko?
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asthmatic
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti. eg.: HIV, etc)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas
Simptom-Simptom
Hari 1 - Rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 dan ke atas, lung collapse @ koma
Langkah-Langkah Kawalan
1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakakn daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai topeng 'mask'
6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yg padat.
7 - Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 - Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja. Dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11 - Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific Klia pada 01.08.2009. Moga dapat iktibar.

Thursday, August 6, 2009

Qunut...



Bukan untuk gurauan semata tapi mesej yang ingin disampaikan...sekadar renungan semua

Wednesday, August 5, 2009

MESYUARAT AGONG PPPKRF3

Mesyuarat Agong PPPKRF3

09 OGOS 2009

10:00 PAGI (waktu Malaysia)

Perkarangan Blok E ,

Perumahan Kos Rendah Fasa 3,

Tmn Cheras Utama.



Sekiranya ada apa-apa komen dan cadangan atau nak kutukan yg membina boleh lah di salurkan di sini agar dapat kita sama2 berkongsi demi untuk kebaikan kita semua..........semua komen & cadangan anda akan disalurkan kepada setiausaha untuk diketengahkan semasa mesyurat itu nanti....

Monday, August 3, 2009

GAMBAR KENANGAN TEAM BOLA JARING BLOK G SEMASA KARNIVAL SUKAN RAKYAT ANJURAN PPPKRF3 TAMAN CHERAS UTAMA

Pemain-Pemain Bola Jaring Blok G berehat selepas perlawanan sambil membuat ‘post mortem’. Insyaallah pada masa hadapan tidak mustahil ‘ Team Spirit Of G ’ akan menjuarai Kejohanan Bola Jaring yang akan disertai kelak. Apa yang penting semangat kesukanan dan kesepakatan di antara pemain. Namun sokongan moral dari keluarga dan seluruh penduduk Blok G amat diharapkan bagi membakar semangat mereka amat diharapkan.

GAMBAR KENANGAN TEAM BOLA JARING “SPIRIT OF G” SEMASA KEJOHANAN ANJURAN RUKUN TETANGGA TAMAN CHERAS UTAMA

>>>Team Bola Jaring Blok G ‘ Spirit Of G ’ bersama-sama dengan pemain daripada Pangsapuri Kos Rendah Taman Cheras Utama. Kejohanan ini disertai oleh 7 pasukan terdiri dari Team Apartment Cheras Utama dan Cheras Utama (Teres)<<<

>>>Team ‘ Spirit Of G ’ selepas perlawanan Bola Jaring di Padang Taman Cheras Utama Fasa II. Walaupun tewas 2 dari 3 perlawanan namun mereka tetap tersenyum dan berpuas hati kerana dapat menyertai pertandingan ini. Ini adalah kejohanan ke-2 disertai oleh Team Blok G pada Tahun 2009. Tahniah!!! Kepada semua pemain, pengurus & jurulatih ‘Team Spirit Of G’ daripada Pengerusi, Ajk dan Semua Penduduk Blok G Oh ye… Sekali pandang macam student Kolej Kejururawatan Master Skill kat Cheras tu macam tu… hmm…Betul tak? Betul! Betul! Betul!<<<

>>>Pemain-Pemain Bola Jaring ‘Spirit of G’ sedang berehat untuk menghilangkan penat kerana mereka telah bermain dalam perlawanan pertama seawal jam 8.00pagi. Anak-anak dan suami turut sama member sokongan kepada pemain. Terima Kasih juga kepada ‘sponsor’ makanan & minuman kepada pemain Team ‘Spirit Of G’.

>>>Ketua Team ‘ Spirit Of G ’ menerima hamper yang disampaikan oleh Penolong Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara. >>>Gambar Bawah : Salah seorang pemain ‘Spirit Of G’ bersama 3 orang penyokong kuat bergambar selepas perlawanan berakhir.

>>>Pemain dari Team 3 Serangkai telah mengalami kekejangan otot sedang dirawat oleh rakan sepasukan sambil diperhatikan oleh Dr. Zahari dari Klinik Keluarga Taman Cheras Utama.Team mereka adalah gabungan 3 blok iaitu Blok E, F dan H telah menjuarai kejohanan kali ini

Antara penyokong Kanak-kanak Blok G yang hadir (Ifa, Ctah & Farhana) sedang asyik makan ais krim ketika cuaca panas terik bagi menghilangkan dahaga<<<


>>> MPV Pengerusi Blok G sarat dengan pemain, penyokong & khemah semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai pertandingan bola jarring. Sebahagian dari penyokong kanak-kanak yang turut memberi sokongan kepada Team Spirit Of G<<<

>>>Penyokong ‘Team Spirit Of G’ sedang memberi tumpuan kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Antara yang hadir ialah orang kuat Blok G iaitu Cikgu Rahim (Pengerusi); Abang Sam (Timb. Pengerusi); Abang Hamid (Naib Pengerusi I); Kak Min (N/Pengerusi II, Setiausaha & Ajk bersama Penduduk Blok G<<<