.....Maulidur Rasul.......
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

JAMUAN RAMAH MESRA BBQ BLOK G, TCU

Tarikh : 09/05/2010
Hari : Ahad
Masa : 08:30 malam
Tempat : Tingkat Bawah Blok G
Atucara:
05:00PM - Penyediaan Tempat BBQ
08:30PM - Jamuan ringkas dan sesi ramah mesra
11:30PM - Bersurai

Tuesday, October 6, 2009

MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H/2009M



Persiapan Sambutan Aidilfitri PPPKRF3 2009


Sambutan Aidilfitri PPPKRF3 2009


Sambutan Aidilfitri PPPKRF3 2009

Friday, October 2, 2009

MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H/2009M

Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Fasa 3
Taman Cheras Utama
56000 Cheras
Negeri Selangor Darul Ehsan
( No. Pend : 1231 – 07 – Selangor )


Ruj Kami : PPPKRF3/SHRAF. ( 3 ) Tarikh : 29 Sept 2009

Kepada :
Semua Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Taman Cheras Utama Yang Dikasihi

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H/2009M, PENDUDUK PANGSAPURI KOS RENDAH TAMAN CHERAS UTAMA.

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

Terlebih dahulu Jawatankuasa Persatuan Penduduk mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tuan/puan sebanyak RM9.00 untuk sama-sama menjayakan majlis ini. Sehubungan itu kami dengan bebesar hati menjemput tuan/puan dan anak-anak ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 peringkat taman kita seperti ketentuan berikut:

Tarikh   : 3 Oktober 2009 ( Sabtu Malam Ahad )
Masa    : 8.30 malam.
Tema    : “Muafakat Membawa Berkat”
Tempat : Padang Muhibbah ( Padang Permainan kanak-Kanak )
Pakaian : Kebangsaan (Lelaki), Baju Kurung /Kebaya (Wanita)


2. Jika tuan/puan masih ingin menghulurkan sumbangan sangatlah kami alu-alukan dan boleh dimajukan kepada Ketua-Ketua Blok/ Setiausaha Persatuan/ Bendahari Persatuan. Sila bawa bersama surat ini semasa kehadiran malam tersebut untuk tujuan cabutan bertuah ( jika ada ).

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT PPPKRF3 TCU”


RAHIM BIN HJ SELAMAT
Pengerusi.
Persatuan Penduduk Perumahan Kos Rendah Fasa 3
Taman Cheras Utama.
( 013 – 6161818 )

Monday, August 3, 2009

GAMBAR KENANGAN TEAM BOLA JARING BLOK G SEMASA KARNIVAL SUKAN RAKYAT ANJURAN PPPKRF3 TAMAN CHERAS UTAMA

Pemain-Pemain Bola Jaring Blok G berehat selepas perlawanan sambil membuat ‘post mortem’. Insyaallah pada masa hadapan tidak mustahil ‘ Team Spirit Of G ’ akan menjuarai Kejohanan Bola Jaring yang akan disertai kelak. Apa yang penting semangat kesukanan dan kesepakatan di antara pemain. Namun sokongan moral dari keluarga dan seluruh penduduk Blok G amat diharapkan bagi membakar semangat mereka amat diharapkan.

GAMBAR KENANGAN TEAM BOLA JARING “SPIRIT OF G” SEMASA KEJOHANAN ANJURAN RUKUN TETANGGA TAMAN CHERAS UTAMA

>>>Team Bola Jaring Blok G ‘ Spirit Of G ’ bersama-sama dengan pemain daripada Pangsapuri Kos Rendah Taman Cheras Utama. Kejohanan ini disertai oleh 7 pasukan terdiri dari Team Apartment Cheras Utama dan Cheras Utama (Teres)<<<

>>>Team ‘ Spirit Of G ’ selepas perlawanan Bola Jaring di Padang Taman Cheras Utama Fasa II. Walaupun tewas 2 dari 3 perlawanan namun mereka tetap tersenyum dan berpuas hati kerana dapat menyertai pertandingan ini. Ini adalah kejohanan ke-2 disertai oleh Team Blok G pada Tahun 2009. Tahniah!!! Kepada semua pemain, pengurus & jurulatih ‘Team Spirit Of G’ daripada Pengerusi, Ajk dan Semua Penduduk Blok G Oh ye… Sekali pandang macam student Kolej Kejururawatan Master Skill kat Cheras tu macam tu… hmm…Betul tak? Betul! Betul! Betul!<<<

>>>Pemain-Pemain Bola Jaring ‘Spirit of G’ sedang berehat untuk menghilangkan penat kerana mereka telah bermain dalam perlawanan pertama seawal jam 8.00pagi. Anak-anak dan suami turut sama member sokongan kepada pemain. Terima Kasih juga kepada ‘sponsor’ makanan & minuman kepada pemain Team ‘Spirit Of G’.

>>>Ketua Team ‘ Spirit Of G ’ menerima hamper yang disampaikan oleh Penolong Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara. >>>Gambar Bawah : Salah seorang pemain ‘Spirit Of G’ bersama 3 orang penyokong kuat bergambar selepas perlawanan berakhir.

>>>Pemain dari Team 3 Serangkai telah mengalami kekejangan otot sedang dirawat oleh rakan sepasukan sambil diperhatikan oleh Dr. Zahari dari Klinik Keluarga Taman Cheras Utama.Team mereka adalah gabungan 3 blok iaitu Blok E, F dan H telah menjuarai kejohanan kali ini

Antara penyokong Kanak-kanak Blok G yang hadir (Ifa, Ctah & Farhana) sedang asyik makan ais krim ketika cuaca panas terik bagi menghilangkan dahaga<<<


>>> MPV Pengerusi Blok G sarat dengan pemain, penyokong & khemah semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai pertandingan bola jarring. Sebahagian dari penyokong kanak-kanak yang turut memberi sokongan kepada Team Spirit Of G<<<

>>>Penyokong ‘Team Spirit Of G’ sedang memberi tumpuan kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Antara yang hadir ialah orang kuat Blok G iaitu Cikgu Rahim (Pengerusi); Abang Sam (Timb. Pengerusi); Abang Hamid (Naib Pengerusi I); Kak Min (N/Pengerusi II, Setiausaha & Ajk bersama Penduduk Blok G<<<