Bukan untuk gurauan semata tapi mesej yang ingin disampaikan...sekadar renungan semua
Taman Cheras Utama Jalan CU/1A,56000 Cheras Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2009
Wednesday, August 5, 2009
MESYUARAT AGONG PPPKRF3
Mesyuarat Agong PPPKRF3
09 OGOS 2009
10:00 PAGI (waktu Malaysia)
Perkarangan Blok E ,
Perumahan Kos Rendah Fasa 3,
Tmn Cheras Utama.
Sekiranya ada apa-apa komen dan cadangan atau nak kutukan yg membina boleh lah di salurkan di sini agar dapat kita sama2 berkongsi demi untuk kebaikan kita semua..........semua komen & cadangan anda akan disalurkan kepada setiausaha untuk diketengahkan semasa mesyurat itu nanti....
Monday, August 3, 2009
GAMBAR KENANGAN TEAM BOLA JARING BLOK G SEMASA KARNIVAL SUKAN RAKYAT ANJURAN PPPKRF3 TAMAN CHERAS UTAMA
GAMBAR KENANGAN TEAM BOLA JARING “SPIRIT OF G” SEMASA KEJOHANAN ANJURAN RUKUN TETANGGA TAMAN CHERAS UTAMA
>>>Team ‘ Spirit Of G ’ selepas perlawanan Bola Jaring di Padang Taman Cheras Utama Fasa II. Walaupun tewas 2 dari 3 perlawanan namun mereka tetap tersenyum dan berpuas hati kerana dapat menyertai pertandingan ini. Ini adalah kejohanan ke-2 disertai oleh Team Blok G pada Tahun 2009. Tahniah!!! Kepada semua pemain, pengurus & jurulatih ‘Team Spirit Of G’ daripada Pengerusi, Ajk dan Semua Penduduk Blok G Oh ye… Sekali pandang macam student Kolej Kejururawatan Master Skill kat Cheras tu macam tu… hmm…Betul tak? Betul! Betul! Betul!<<<
>>>Pemain-Pemain Bola Jaring ‘Spirit of G’ sedang berehat untuk menghilangkan penat kerana mereka telah bermain dalam perlawanan pertama seawal jam 8.00pagi. Anak-anak dan suami turut sama member sokongan kepada pemain. Terima Kasih juga kepada ‘sponsor’ makanan & minuman kepada pemain Team ‘Spirit Of G’.
>>>Ketua Team ‘ Spirit Of G ’ menerima hamper yang disampaikan oleh Penolong Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara. >>>Gambar Bawah : Salah seorang pemain ‘Spirit Of G’ bersama 3 orang penyokong kuat bergambar selepas perlawanan berakhir.
>>>Pemain dari Team 3 Serangkai telah mengalami kekejangan otot sedang dirawat oleh rakan sepasukan sambil diperhatikan oleh Dr. Zahari dari Klinik Keluarga Taman Cheras Utama.Team mereka adalah gabungan 3 blok iaitu Blok E, F dan H telah menjuarai kejohanan kali ini
Antara penyokong Kanak-kanak Blok G yang hadir (Ifa, Ctah & Farhana) sedang asyik makan ais krim ketika cuaca panas terik bagi menghilangkan dahaga<<<
>>> MPV Pengerusi Blok G sarat dengan pemain, penyokong & khemah semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai pertandingan bola jarring. Sebahagian dari penyokong kanak-kanak yang turut memberi sokongan kepada Team Spirit Of G<<<
>>>Penyokong ‘Team Spirit Of G’ sedang memberi tumpuan kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Antara yang hadir ialah orang kuat Blok G iaitu Cikgu Rahim (Pengerusi); Abang Sam (Timb. Pengerusi); Abang Hamid (Naib Pengerusi I); Kak Min (N/Pengerusi II, Setiausaha & Ajk bersama Penduduk Blok G<<<
Monday, February 16, 2009
Selamat Datang
Assalamualaikum..
Selamat Datang ke laman blog jawatankuasa penduduk Blok G
Taman Cheras Utama.Di dlm blog ini anda boleh memberikan pendapat dan pandangan
serta meningkatkan silatulrahim antara penduduk.
Semoga laman blog ini dapat memberi manfaat kepada kita
semua.
Wassalam
Rashdan..